Wednesday, March 4, 2009

Kes 1 : Berapa Talak Semuanya?

Plaintif : Isteri


Defendan : Suami


Fakta Kes :

This couple baru je kawin. Fakta menarik ialah si suami dekat 20 tahun mudanya dari si isteri ni. Satu hari si isteri berchatting dengan niat nak cari suami. Dia tegur semua org yang ada dan tanya nak tak kawin ngan dia. Percubaan yang tah ke berapa membuahkan hasil. So kahwin la diorang ni kerana umur bukan penghalang (bak kata Demi Moore dan Rosnah Mat Aris, ye dak?) dengan niat nak bercinta selepas kawin....


Memang umur bukan penghalang tapi for sure la ada problem, kan? Baru je beberapa bulan bernikah, dorang ni gaduh, si suami ni ceraikan si isteri talak satu! Lepas tu si isteri yg nervous ni telefon mak dia mintak si suami cakap lagi sekali kengkonon sebagai pengesahan dia dah jatuhkan talak satu. Bila dorang ni pegi buat pengesahan cerai (tanpa diwakili peguam), hakim kata dah jatuh 2 talak, satu untuk yang si suami lafaz depan si isteri dan lagi satu yang dilafazkan melalui telefon kepada mak si isteri.


Tapi sayang punya pasal, dorang rujuk balik. Beberapa bulan kemudian, dorang gadoh lagi. Tapi kali ni advance sket, gaduh ikut sms. Gaduh punya gaduh punya gaduh, si suami ni type la "aku ceraikan kau sekarang jugak!".


So, sekarang dorang dah tak gaduh, so nak rujuk balik. Tapi kalau ikutkan dah tiga talak la kan? Tapi si suami kata dia tak berniat menceraikan masa dia type sms tu. Dia cuma geram sebab si isteri tu asyik pakse dia.


FYI, si isteri tu ada pakai kereta yang 6 angka harganya. Si suami pulak walaupun kerja tak seberapa tapi sungguh jambu rupa parasnya...huhu


Keputusan:

Lawyer-sister baru nak failkan rayuan untuk penghakiman yang jatuh 2 talak tu , manala tau boleh revise jadi satu talak je so dorang ni boleh la rujuk balik.


Pengajaran dari kes ni:

Talak mmg kt tgn suami tp talak ada tiga je...bukan tiga ribu. So, kalo rasa nak terlafaz tu ingat2la. Nak lafaz nikah bukan main berdebar2 takkan nak lafaz cerai senang je. Ye dak?

2 comments:

abdills said...

Betul tu. Fikir waras-waras sebelum jatuhkan talak.Banyak-banyak bersabar,kalo dalam rumah pergilah keluar rumah jangan di layan sangat perasaan yang kemarahan.

iez_ariena said...

Terima kasih atas komen en. abdills. Paling penting kita perlu ada timbangrasa dan tolak ansur untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Jika perkara tersebut dapat dikekalkan insyaallah masalah takkan menjadi besar.